Seminar Industri Sokongan Pertahanan Dan Keselamatan (SISPK 2008)
Dimaklumkan bahawa PERDASAMA terpaksa menunda tarikh bagi seminar SISPK 2007 pada tahun ini berikutan permintaan daripada pejabat Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku perasmi majlis di mana beliau tidak dapat menghadiri seminar ini dan menunda tarikh seminar ini kepada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2008.
Selain itu, PERDASAMA juga telah mendapat maklum balas daripada ramai peserta seminar dan pameran yang merasakan tarikh pada 15 November 2007 adalah tidak bersesuaian berikutan ianya adalah pada akhir tahun dan selepas cuti panjang bersempena sambutan hari raya. Para peserta amat positif diatas penundaan tarikh SISPK ke tahun 2008 bagi membolehkan persiapan rapi dapat dibuat selaras dengan kemunculan produk dan perkhidmatan terkini dalam industri pertahanan dan keselamatan dengan lebih terperinci.
PERDASAMA amat berharap penundaan seminar ini dapat memberi ruang masa yang secukupnya bagi pedagang dan pengusaha yang berminat untuk meneroka industri pertahanan dan keselamatan terutamanya dalam pelbagai sektor ketenteraan (darat / udara / laut) dan keselamatan (PDRM/ Kastam DiRaja Malaysia / Jabatan Penjara Malaysia ) untuk menyertai seminar ini. Ini merangkumi pelbagai perniagaan yang mampu membekalkan barangan ketenteraan, ICT & telekomunikasi, dan juga kemudahan-kemudahan asas.
PERDASAMA amat kesal dengan penundaan bagi SISPK 2007 dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pihak Tuan / puan berikutan penundaan tarikh ini. PERDASAMA juga amat menghargai di atas usaha pihak Tuan/Puan yang amat berminat untuk menyertai SISPK 2008. Sebarang urusan bagi SISPK 2008 adalah dialu-alukan dengan berhubung dengan pegawai bertugas Cik Suriati binti Yusoff / Encik Shafik Affandy di talian 03 2095 2002 / 2004.
Seminar Industri Sokongan Pertahanan dan Keselamatan (SISPK 2008) merupakan program yang menonjolkan potensi perniagaan yang boleh diterokai dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Perniagaan di sektor ini adalah amat luas dan ia mencakupi pelbagai aspek termasuk pembekalan makanan, barang kegunaan harian anggota tentera, penyelengaraan bangunan sehingga ke aplikasi sistem komunikasi. Tawaran peluang sebegini harus direbut oleh golongan-golongan pedagang dan pengusaha Melayu.
SISPK 2008 adalah kesinambungan kepada kejayaan gemilang Seminar Sokongan Pertahanan (SISP) yang telah diadakan pada tahun 2004 dan 2003. Berdasarkan saranan YAB Dato’ Seri Najib, SISPK 2008 akan diadakan meliputi skop yang lebih luas dan terperinci. 
SISP 2003 yang pertama dianjurkan oleh PERDASAMA mendapat sokongan padu daripada Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Hj Abdul Razak
Objektif
1. Membuka peluang kepada peserta dalam memahami produk dan perkhidmatan yang diperlukan dalam industri ini.
2. Menyediakan platform untuk peserta mengenali serta berinteraksi secara terus dengan pegawai yang sepatutnya dihubungi di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) & Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menerusi sesi Business Matching.
3. Membantu usahawan mendapatkan maklumat tentang cara dan prosedur membuat tender untuk KEMENTAH dan KKDN.
4. Memperluaskan rangkaian perniagaan di kalangan peserta seterusnya menggalakkan perkongsian pengalaman dengan usahawan yang telah berjaya.
5. Mempamer hasil keluaran syarikat usahawan menerusi ruang pameran yang akan
dikunjungi pelawat dan pegawai-pegawai KEMENTAH dan KKDN. 
SISP 2004 yang kedua anjuran PERDASAMA turut mendapat sokongan padu daripada Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Hj Abdul Razak
Siapa yang patut Menyertai SISPK
1. Pembekal/ Pengusaha / Pengimport barangan yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan.
2. Para pengusaha kecil dan sederhana yang berminat dan komited untuk menceburkan diri dalam pembekalan peralatan untuk industri sokongan pertahanan dan keselamatan.
3. Ketua pegawai eksekutif/ Pengarah urusan/ Pengarah Syarikat.
4. Para pensyarah/ Para graduan yang mempunyai minat dalam bidang perniagaan untuk tujuan penyelidikan ataupun sebagai peluang perniagaan.
Untuk maklumat lanjut SISPK 2008, Sila klik disini
Kembali ke senarai aktiviti














