• UTAMA
  • Meja Presiden
  • Profil
  • Jawatankuasa
  • Cawangan
  • Keahlian
  • Hubungi Kami
 
Isnin, 8 September 2008
 
Google
Web
www.perdasama.org.my

 

PERDASAMA

  • Pengumuman Terkini
  • Wajah Terbaru PERDASAMA
  • Aktiviti Akan Datang
  • Berita PERDASAMA
  • Buletin PERDASAMA
  • Galeri Gambar
  • Arkib PERDASAMA
  • Kerjaya di PERDASAMA
  • Forum

 

PAUTAN(LINK)

  • Berita
  • Kerajaan
  • Persatuan
  • Badan Berkanun
  • Bank
  • Universiti
  • Kedutaan
Bilangan Pelawat :

Aktiviti Akan Datang

Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia 2009

PERDASAMA Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia 2009 (MGP) merupakan program yang pertama di Malaysia. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam membantu ahli-ahli dalam perniagaan dan industri MGP ini. Selain daripada peneraju utama petroleum di Malaysia seperti Petronas, Exxon, BP, Shell dan sebagainya, PERDASAMA juga bekerjasama dengan persatuan MGP yang lain di Malaysia.
Program selama dua hari ini termasuklah Forum dan Expo. Forum akan memfokuskan peluang perniagaan, prosedur-prosedur dan garis panduan dalam menjalankan perniagaan dengan syarikat-syarikat luar begitu juga dengan bantuan kewangan dan tawaran pinjaman dari badan-badan kewangan di Malaysia. Expo pula terdiri daripada para pempamer dari syarikat-syarikat MGP di Malaysia dan antarabangsa. Program ini juga meliputi sesi “Business-Matching” dan “Persembahan Syarikat”(Company Presentation) kepada yang berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Tema untuk program MGP ini adalah “ Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia PERDASAMA: Peluang-peluang Perniagaan dan Cara Perlaksanaannya”.

Objektif
- Menyediakan platform untuk syarikat-syarikat tempatan terutamanya kepada ahli-ahli PERDASAMA untuk berjumpa terus dengan pihak pengurusan kanan dari syarikat-syarikat MGP yang berpengalaman di Malaysia dan antarabangsa.
- Memberi peluang kepada para pempamer untuk menunjukkan produk-produk dan servis terkini mereka yang
menyokong industri MGP.
- Membentuk satu rangkaian untuk bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman di antara pedagang dan pengusaha
tempatan dan juga antarabangsa.
- Mengukuhkan persahabatan perniagaan diantara syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa.
- Mendapatkan maklumat lanjut dan terkini tentang prosedur-prosedur bagi menjalankan perniagaan dengan syarikat-
syarikat MGP.
- Membuka peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan terutamanya kepada ahli-ahli PERDASAMA dengan
mengadakan sesi “Business Matching” bersama pembekal dan pengeluar antarabangsa dalam industri MGP.

Forum
Forum anjuran PERDASAMA yang akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC ini memfokuskan peluang-peluang perniagaan kepada ahli-ahlinya dan kepada yang bukan ahli berkaintan industri MGP ini. Pada hari pertama, penyampai yang akan mewakili industri MGP utama di Malaysia dan antarabangsa akan memberi maklumat terkini tentang pembangunan terkini, peluang-peluang perniagaan, prosedur dan lain-lain terma dan syarat peraturan dalam menjalankan perniagaan dengan pihak mereka.
Pada hari kedua, PERDASAMA telah menjemput badan-badan khas kerajaan seperti SMIDEC dan PNB sebagai badan kewangan untuk membekalkan maklumat yang sedia ada untuk membantu dan memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat PKS dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang cara-cara untuk menceburkan diri dalam industri MGP. Sesi “Business Matching” dan Persembahan Syarikat(Company Presentations)turut diadakan oleh syarikat-syarikat yang terpilih.

Expo
Expo yang akan berlangsung selama 2 hari di Legar Putra, PWTC pula akan membawa penyertaan daripada syarikat-syarikat MGP yang lain di Malaysia dan antarabangsa buat pertama kalinya di bawah anjuran PERDASAMA. Ruang legar ini memuatkan lebih kurang 50 ruang pameran untuk para pempamer dan saiz minima untuk tempahan ialah 9 meter persegi. Para pempamer ini akan mempamerkan produk-produk dan teknologi terkini mereka berkaitan industri MGP dan membentuk satu rangkaian bersama syarikat-syarikat tempatan. Ada sesetengah daripada syarikat-syarikat yang akan menertai pameran ini mencari rakan perniagaan tempatan.

Perlawanan Golf
Sebagai pengenalan kepada program MGP ini, PERDASAMA akan mengadakan satu perlawanan golf pada hari Selasa, 24 Februari 2009 di antara delegasi, para pempamer, penaja dan juga tetamu kehormat di kelab golf berhampiran. Penyampaian hadiah akan diadakan pada sebelah petang semasa sambutan selamat datang. Aktiviti-aktiviti sebelum program ini memberi peluang kepada peserta untuk membina satu rangkaian persahabatan dan lebih mengenali antara satu sama lain.

Makan Malam Tetamu Kehormat
Pada hari Rabu, 25 February pula, PERDASAMA akan mengadakan makan malam tetamu kehormat khas untuk penaja, para pempamer dan juga tetamu kehormat. Ini adalah khas bagi jemputan sahaja.

Penajaan
Untuk memastikan program ini berjalan dengan jayanya, PERDASAMA telah menawarkan kepada beberapa syarikat peluang untuk menyumbang sebagai penaja. Sokongan anda dalam program ini akan menambahkan lagi para delegasi dengan rasminya dalam industri MGP yang akan hadir pada hari tersebut dan berpeluang untuk lebih dikenali di dalam brosur, laman web dan material pemasaran yang lain.

Penyertaan
Terbuka kepada semua yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan peluang perniagaan dalam industri minyak, gas dan petrokimia.

Sehubungan itu, PERDASAMA amat berbesar hati untuk menjemput Tuan/Puan menyertai forum ini.Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak Tuan/Puan dialu-alukan menghubungi urusetia forum ini, Cik Suriati Yusoff ditalian 03-2095 2002 atau email kan terus ke ogp09@perdasama.org.my . Semoga penganjuran forum ini akan membantu memantapkan ekonomi pedagang dan pengusaha Melayu Malaysia. 

* Tempat adalah terhad dan khas untuk Bumiputera sahaja! *

Muat turun brosur dan borang pendaftaran untuk Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia 2009.


Kembali ke senarai aktiviti

 

Topik Forum Terkini

  • Bantu promosi ICT
  • Pembiayaan RM70b kepada k …
  • Perabot bumiputera teroka …
  • Perbelanjaan ICT tempatan …
  • OFFICIAL WEBSITE FOR SKUA …
  • Eksport sawit dijangka ce …
  • Kabinet Malaysia 2008
  • Kertas kelembapan ekonomi …
  • PIKOM Cadang Kementerian …
  • IT India pindah ke Malaysia
  • Rakyat Malaysia Lihat Eba …
  • PUNB tinjau kedai untuk u …
  • Eksport perabot RM10b men …
  • Program Pengurusan Hutang …
  • Kempen memancing undi gun …
seterusnya...

  • IKLAN

     
     
    Utama | Meja Presiden | Profil | Jawatankuasa | Cawangan | Keahlian | Hubungi Kami

    Hakcipta © 2008 Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)