Bengkel Latihan Pembangunan Usahawan Bumiputra (SME/SMIs), Kerjasama PERDASAMA, Universiti Teknologi MARA Malaysia dan Maybank
Memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan berdaya maju serta mendatangkan keuntungan adalah dua perkara yang berbeza. Secara umumnya, kegagalan usahawan kecil adalah tinggi dalam tahun pertama dan kedua perniagaan dijalankan. Ini adalah merupakan peringkat kritikal dimana pengusaha perlu menggunakan sepenuhnya kemahiran pengurusan dan keusahawanan mereka untuk menjadikan perniagaan lebih berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Oleh itu, jangkamasa ini juga adalah merupakan tempoh kritikal untuk mereka mendapatkan latihan yang maksimum untuk memastikan kejayaan perniagaan.Objektif :
Mendapatkan kerjasama MEDEC UiTM bagi cadangan menjalankan program latihan kepada usahawan kecil dan sederhana bumiputera di dalam bidang berikut :-
- Pengurusan kewangan. Salah satu dari kemahiran utama yang diperlukan dari peringkat awal perniagaan adalah pengurusan aliran tunai. Perniagaan kecil khususnya, walaupun mempunyai peluang pasaran yang baik, produk berkualiti dan tenaga kerja yang cekap akan gagal jika mempunyai masalah aliran tunai disebabkan oleh masalah di dalam pengurusan kewangan.
- Produk berkualiti dan strategi pemasaran. Pada masa ini, daya saing perniagaan adalah lebih berdasarkan kepada kualiti produk, servis dan pengedaran.
Muat turun brochure dan borang pendaftaran.
Kembali ke senarai aktiviti














