Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Oman 3 hingga 8 Januari 2009
Penundaan tarikh misi ke Oman pada bulan Mei kepada bulan Januari 2009 adalah atas beberapa alasan tertentu. Kami terpanggil untuk mengambil langkah drastik ini setelah menerima nasihat yang disampaikan oleh ahli Keluarga Diraja Oman bahawa pada bulan Mei, keadaan di Oman adalah terlalu panas dan dijangkakan yang rakyat Oman akan mula bercuti ke luar negara. Dikhuatiri akibat dari percutian ini menyebabkan kebanyakan ahli – ahli perniagaan Oman tiada untuk pihak kami meneruskan program yang telah dirancang.Selain itu, kami juga menerima respon daripada kalangan ahli perniagaan dan korporat yang menyatakan bahawa mereka juga tidak dapat menyertai misi perdagangan dan pelaburan pada bulan Mei tahun ini kerana mereka dibebani dengan tugasan yang banyak.
Dan atas alasan tersebut, kami di pihak PERDASAMA telah mengambil kira dari segenap aspek dan telah sebulat suara menunda tarikh kepada bulan Januari 2009 dan kini telah menerima banyak respon yang positif dari pelbagai pihak.
Walaubagaimanapun, kami akan sentiasa mengemaskini semua pihak dengan maklumat terkini berkenaan misi perdagangan dan pelaburan ini.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi terus sekretariat kami ( Cik Suriati Yusof / Puan Zarina / Encik Azmi ) di talian 03-2095 2002 / 2004 / 2005 / 2006 atau email kepada kami terus ke admin@perdasama.org.my
Klik disini untuk memuat turun registration form.
Kembali ke senarai aktiviti














