Pertandingan Golf Amal Perdasama Untuk Tabung Amal Ramadhan
Tarikh : 2 Oktober 2005Tempat : Bukit Unggul Golf & Country Club,Dengkil, Selangor
Masa : 12.00 Tengah Hari
Sasaran Peserta :
Penyertaan bagi pertandingan ini adalah terbuka kepada semua. Sejumlah 65 borang penyertaan telah pun diedarkan. Borang penyertaan diedarkan kepada semua AJk-AJk PERDASAMA dan pemain-pemain golf melalui kelab-kelab golf. Sasaran penyertaan adalh seramai 100 orang pemain.
Maklumat Penyertaan :
Bayaran penyertaan bagi setiap seorang pemain adalah RM250.00. Jumlah pendapatan yang dianggarkan bagi penyertaan individu adalah RM25,000.00. Lebihan kasar yang diperolehi hasil daripada penolakan kos-kos golf seperti di lampiran 1 adalahRM5167.00. Sekiranya kos bagi pentadbiran turut diambil kira iaitu RM1,300.00 maka jumlah sumbangan kepada anak-anak yatim adalah RM3,867.00. Bertarikh 20 September 2005 terdapat seorang pemain yang telah pun mengesahkan akan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan turut menyumbangkan derma ikhlas sebanyak RM1000.00 bagi disalurkan kepada tabung anak-anak yatim.
Bagi setiap seorang pemain dikenakan bayaran sebanyak RM250.00. Jumlah pendapatan yang dianggarkan bagi penyertaan individu adalah RM25,000.00. Lebihan kasar yang diperolehi hasil daripada penolakan kos-kos golf seperti di lampiran 1 adalah RM5167.00. Sekiranya kos bagi pentadbiran turut diambil kira iaitu RM1,300.00 maka jumlah sumbangan kepada anak-anak yatim adalah RM3,867.00. Bertarikh 20 September 2005 terdapat seorang pemain yang telah pun mengesahkan akan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan turut menyumbangkan derma ikhlas sebanyak RM1000.00 bagi disalurkan kepada tabung anak-anak yatim.
Kembali ke senarai arkib














