World Islamic Economic Forum
Pada tarikh 1 sehingga 3 Oktober 2005, akan berlangsung program seperti di atas bertempat di Sunway Lagoon Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor. Semua ahli PERDASAMA diseluruh Negara adalah dijemput untuk menghadiri forum tersebut.Untuk makluman terkini, semua ahli PERDASAMA diberi potongan harga istimewa sebanyak 35% daripada harga sebenar yang ditetapkan oleh pihak pengajur.
Justeru saya memohon jasabaik semua AJK Pusat dan Yang di Pertua untuk meluangkan masa menghadiri program ini. Malah mohon kerjasama semua untuk menghebahkan jemputan ini kepada semua ahli PERDASAMA yang berminat. Amat besarlah harapan saya semoga semua ahli tidak melepaskan peluang yang amat berharga ini didalam usaha memperkasakan ilmu perniagaan para pedagang dan pengusaha Melayu.
Bagi yang berminat bolehlah mengembalikan borang pendaftaran kepada pihak sekretariat PERDASAMA Nasional SEBELUM 27 SEPTEMBER 2005 samada dengan fak di 03-20952009 atau 03-20951855. Untuk makluman lanjut sila hubungi Cik Norazlina Midun di talian 03-20952002.
Kembali ke senarai arkib














