Seminar Pembiayaan Usahawan Wanita
Tarikh : 17 Februari 2006 (Jumaat)Masa : 8.30 Pagi – 5.30 Petang
Tempat : Dewan Tun Dr Ismail, PWTC
Seminar Pembiayaan Usahawan Wanita (SPUW) telah diadakan pada 17 Februari 2006 (Jumaat) bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC. Seminar ini adalah hasil kerjasama antara Biro Hal Ehwal Wanita PERDASAMA Nasional dan Kementerian Keawangan Malaysia. Biro Hal Ehwal Wanita PERDASAMA Nasional telah berjaya mendapat mandat daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia bagi menganjurkan seminar pembiayaan khusus untuk para usahawan wanita.
Melalui seminar ini juga telah berjaya memberi pendedahan dan informasi berguna kepada usahawan wanita khususnya mengenai isu-isu pembiayaan yang disediakan oleh institusi perbankan swasta dan instistusi kewangan oleh badan-badan kerajaan. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Menterti Kewangan Ke-II.
Antara panel-panel yang turut serta didalam seminar ini adalah SME Bank, MARA, ERF Sdn Bhd, SMIDEC, CGC dan Bank Negara Malaysia. Seramai 300 orang peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada usahawan wanita daripada pelbagai kaum.
Di atas sambutan dan permintaan yang sangat menggalakkan Biro Hal Ehwal Wanita PERDASAMA Nasional bercadang untuk meneruskan seminar tersebut pada masa akan datang.
Majlis penutupan seminar oleh YBhg Dato’ Kalsom Abd Rahman, Pengerusi SMIDEC.
Kembali ke senarai arkib














