Seminar & Pameran Peluang Perniagaan Melalui Sektor Peruncitan 2007
Seminar & Pameran Peluang Perniagaan Melalui Sektor Peruncitan 2007Tarikh : 17 & 18 November 2007
(17/11/2007 - Seminar)
(17-18/11/2007 - Pameran dan Business Matching)
Tempat : Seminar (17 Nov)
Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC
Pameran (17 & 18 Nov)
Dewan Legar Putra, PWTC
Penyertaan terbuka kepada semua usahawan bumiputera IKS.
Objektif seminar ini adalah bertujuan membuka peluang kepada para Pedagang & Pengusaha Malaysia untuk berinteraksi secara langsung dan meninjau peluang di dalam bidang Pemasaran Hyper / Super & Wholesale Market.
Seminar ini juga akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) YB Datuk Shafie Apdal. Pengisian seminar akan dikelaskan kepada majlis ucaptama, perbentangan kertas kerja daripada wakil Hyper / Super & Wholesale Market serta ruang pameran.
Dijangka seramai 500 peserta akan mengambil bahagian untuk seminar dan sejumlah 34 ruang pameran akan dibuka. Seminar ini akan berlangsung selama dua hari bertempat di PWTC.

Seminar Industri Sokongan Hypermarket yang pertama anjuran PERDASAMA mendapat sokongan padu daripada Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
Seminar dan pameran selama dua hari ini mengandungi aktiviti-aktiviti Pameran Produk dan Perkhidmatan, Pembentangan Kertas Kerja, dan Dialog. Seminar ini membuka peluang kepada usahawan untuk berinteraksi secara langsung dengan syarikat-syarikat hyper/super/wholesale market dengan penyelarasan KPDN & HEP.
Bayaran penyertaan Sesi Pembentangan Kertas Kerja dan Dialog RM 100.00 untuk ahli PERDASAMA dan RM 200.00 untuk bukan ahli RM 100.00 untuk wakil PBT dan PKEN, Pensyarah IPTA/IPTS/Skim Latihan Graduan/ Siswa/Siswi
Syarikat yang berminat untuk menganjurkan pameran , penajaan atau mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka melalui buku cenderamata amat dialu-alukan. Sila hubungi unit Promosi dan Pemasaran Program PERDASAMA Nasional (03-2095 2002/4/5/6)
Untuk Maklumat lanjut S&PPMSP 2007, Sila klik disini
Borang Penyertaan
Kembali ke senarai arkib


