Sesi Interaksi Dengan Majlis Tindakan Ekonomi (M-TEN) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
9hb Februari 1999- “Sesi Interaksi Dengan Majlis Tindakan Ekonomi (M-TEN) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU)Sesi tersebut diadakan di Bilik Seminar, EPU, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengumpulkan 40 peserta dari pelbagai latar belakang perniagaan. Penerangan mengenai isu ekonomi semasa, fungsi dan peranan M-TEN serta permasalahan berkaitan permohonan pinjaman dan dasar ekonomi kerajaan telah dibentangkan oleh Ketua Pengarah M-TEN, Dr. Sulaiman Mahbob. Malah M-TEN telah mengalu-alukan syor dan cadangan daripada PERDASAMA untuk sama-sama menyelami permasalahan pedagang dan pengusaha Melayu. Justeru, sebuah jawatankuasa khas menangani isu berkenaan telah ditubuhkan yang kemudiaanya akan menyerahkan sebuah kertas cadanagn mengenai isu0isu berkaitan kepada M-TEN dan seterusnya kerajaan.
Kembali ke senarai arkib














