• UTAMA
  • Meja Presiden
  • Profil
  • Jawatankuasa
  • Cawangan
  • Keahlian
  • Hubungi Kami
 
Jumaat, 21 November 2008
 
Google
Web
www.perdasama.org.my

 

PERDASAMA

  • Pengumuman Terkini
  • Wajah Terbaru PERDASAMA
  • Aktiviti Akan Datang
  • Berita PERDASAMA
  • Buletin PERDASAMA
  • Galeri Gambar
  • Arkib PERDASAMA
  • Kerjaya di PERDASAMA
  • Forum

 

PAUTAN(LINK)

  • Berita
  • Kerajaan
  • Persatuan
  • Badan Berkanun
  • Bank
  • Universiti
  • Kedutaan
Bilangan Pelawat :

Arkib PERDASAMA

PROFAIL AKTIVITI-AKTIVITI PERDASAMA NASIONAL

AKTIVITI 1998 

6hb November 1998 - ”Forum Ekonomi Semasa”

Forum telah diadakan di Imperial Hotel dengan ahli panel yang terdiri daripada Dato’ Matshah Sapuan, Dato’ Ishak Ismail, dan Prof. Dr. Hanifah Piei (MEIR). Bertujuan untuk memberi penerangan tentang kegawatan ekonomi dan bagaiman golongan pedagang dan pengusaha Melayu dapat bertahan dalam suasana tersebut. 

28hb. November 1998 - “Sesi Dialog Bersama Exim Bank (M) Berhad dan Malaysia Export Credit Insurance Berhad (MECIB)
Majlis telah diadakan di Tingkat 25 Menara Sapuan bertujuan memdedahkan masyarakat pedagang dan pengusaha Melayu dengan kemudahan perbankan untukmengeksport.

9hb. Disember 1998 – “Sesi Interaksi Bersama Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).”

Sesi telah diadakan di Dewan PERSADA SMIDEC, Tingkat 7, Uptown 5, Damansara Uptown memberi penerangan kepada pengusaha industri kecil;dan sedehana mengenai kemudahan bantuan, program peningkatan perniagaan dan penarafan syarikat melalui bebrapa skim pensijilan.

AKTIVITI 1999

9hb. Februari 1999-“Sesi Interaksi Dengan Majlis Tindakan Ekonomi
(M-TEN) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Sesi tersebut diadakan di Bilik Seminar, EPU, Jabatan Perdana Menteri(JPM) mengumpulkan 40 peserta dari pelbagai latar belakang perniagaan. Penerangan mengenai isu ekonomi semasa, fungsi dan peranan M-TEN serta permasalahan berkaitan permohonan pinjaman dan dasar ekonomi kerajaan telah dibentangkan oleh Ketua Pengarah M-TEN telah mengalu-alukan syor dan cadangan daripada perdasama untuk sama-sama menyelami permasalahan pedagang dan pengusaha Melayu. Justeru, sebuah jawatankuasa khas menangani isu berkenaan telah ditubuhkan yang kemudianya akan menyerahkan sebuah kertas cadangan mengenai isu-isu berkenaan kepada M-TEN dan seterusnya kerajaan. 

15hb Februari 1999 - ”Pertemuan Mesra bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Megad Junid Megat Ayob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna”
Sesi pertemuan ini selain daripada memperkenalkan ahli jawatankuasa dan ahli biasa PERDASAMA, ia juga membincangkan arah tuju persatuan dan kerjasama yang boleh dimainkan oleh kedua-dua pihak. 

22hb. Mac 1999 - ”Perjumpaan Khas dengan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta).”
Perjumpaan membincangkan peranan danaharta didalam menangani permasalahan ekonomi Negara, pengambilalihan “Non-Performing Loan” dan bagaimana ahli PERDASAMA boleh memanfaatkan penubuhan badan baru seperti Danaharta ke arah meningkatkan lagi tahap perdagangan masing-masing.

27hb. April 1999 – “Ke Arah Membina Masyarakat Pengeksport Malaysia”
Seminar sehari anjuran PERDASAMA dengan kerjasama MATRADE telah diadakan di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. Ia membabitkan badan-badan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti eksport seperti MATRADE, Bank Negara, Exim Bank, MECIB, Jabatan Kastam Diraja Selangor, Kontena Nasional dan Sime Darby Berhad. 

29.hb Jun 1999 –“MESDAQ- Bursa Urusniaga Sekuriti dan Sebutharga
Automasi Malaysia”
Luncheon Talk anjuran PERDASAMA dengan kerjasama MESDAQ telah diadakan di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

5hb. Ogos 1999 - ”Majlis Dialog Bersama YB Menteri Kerja Raya”
Pertemuan dibuat bersama YB Dato’ Seri S Samy Vellu di Bilik Gerakan Tingkat Enam, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin.

18hb. Ogos 1999 - ”Majlis Dialog dan Makan Tengahari bersama Rombongan Perniagaan Myanmar.”
Majlis ini dianjurkan oleh PERDASAMA dengan kerjasama MATRADE bertempat di Menara Safuan. Seramai 40 ahli perniagaan Myanmar telah melawat Malaysia selama seminggu untuk melawat beberapa tempat yang diaturkan lebih awal oleh PERDASAMA termasuk melawat Pulau Pinang pada hari Sabtu 21-22hb Ogos 1999. 

21hb Ogos 1999 - PERDASAMA Cawangan Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah kepada Rombongan Perniagaan Myanmar. Mereka telah berkunjung ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, untuk berbincang dengan YAB Dr. Koh Soo Koon. Mereka juga telah melawat Pelabuhan Penang, Penang Development Corporation dan kilang membuat pakaian. 

24hb. Ogos 1999 - “Strategi Pelabuhan –Apa Pilihan Anda”
Satu Seminar telah diadakan di Hotel Sheraton Imperial, KualaLumpur. Seminar yang bertemakan melabur dengan bijak telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mustapa bin Mohamed, Menteri Kewangan Malaysia Kedua. Seminar ini telah diadakan dengan kerjasama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). 

2hb Oktober 1999- Satu Seminar mengenai pelaburan sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.
Seramai 100 orang peserta hadir. Seminar ini dianjurkan oleh PERDASAMA Cawangan Negeri Kelantan dengan kerjasama MARA Negeri Kelantan dan BERNAMA. 

20hb Oktober 1999- ”Pertemuan dengan YB Dato’ Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Industri (MITI).
Satu memorandum tekah disampaikan oleh Exco PERDASAMA memohon YB Menteri memberi status dialog kepada Persatuan dalam Majlis Dialog Tahunan MITI bagi membolehkan PERDASAMA memainkan peranan proaktif menyokong dasar-dasar MITI. Exco juga memohon agar PERDASAMA diagihkan pembahagian saham terbitan baru sebagai badan yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. YB bersetuju apabila PERDASDAMA dapat mengadakan sesebuah yayasan. Exco juga meminta agar YB Menteri menyokong aktiviti-aktiviti PERDASAMA. 

25hb Oktober 1999- “Dialog Business With Iraq- Program Minyak Untuk Makanan.”
Satu ceramah anjuran PERDASAMA telah diadakan. Penceramah undangan ialah TYT Duta Besar Iraq ke Malaysia, Tuan Adnan Malik Al-Bhazali. Lebih kurang 50 orang ahli hadir. Liputan media adalah sangat menggalakkan, baik dari media cetak mahupun media elektronik. Dasar kerajaan Iraq dibawah sekatan PBB telah diperjelaskan oleh Tuan Adnan Malik Al-Ghazali. Syarikat Malaysia yang ingin menyertai peluang yang ada dikehendaki menyerahkan profil syarikat masing-masing kepada kementerian berkenaan melalui kedutaan atau PERDASAMA. 

29hb. Oktober 1999 – ”Pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan.”
Taklimat diberikan oleh En. Ali Haji Ahmad mengenai fungsi kementerian kepada Exco PERDASAMA yang hadir. YBhg Dato’ Moehamad Izat, Presiden PERDASAMA membangkitkan beberapa isu untuk dipertimbangkan oleh Kementerian bagi membantu pengusaha melayu. Satu daripada isu tersebut ialah mengenai Latihan Usahawan. Dicadangkan agar ia dijalankan oleh kolej swasta yang berjaya. Isu kedua ialah mengenai francais. PERDASAMA mencadangkan agar perniagaan dikawal mengikut keutamaan kawasan operasi agar usahawan tempatan mendapat manfaat melalui pemindahan teknologi dan nilai tambah. 

29hb Oktober 1999 – ”Taklimat Belanjawan 2000.”
Exco telah pergi ke Parlimen untuk mengikuti perkembangan Belanjawan 2000 oleh YAB Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Pertama Malaysia. Belanjawan itu diberi nama Belanjawan Rakyat. Penekanan Strategi Belanjawan ialah meneruskan program pemulihan ekonomi demi mencergaskan pertumbuhan ekonomi dan memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dari risiko luaran. 

16hb November 1999 – ”Doing Business With South Countries.”
Satu ceramah telah dianjurkan dengan kerjasama dari SITTDEC dan SIBEXLINK. Tegasnya ialah untuk mendedahkan ahli kepada peluang-peluang perniagaan yang banyak di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan penggunaan internet sebagai alat pengumpul dan menterjemahkan data dan maklumat dan ekmudiannya mengadakan perhubungan dengan rakan kongsi di seberang laut. Para penceramah terdiri daripada En. Abdul Malek, Pengarah Ekekutif SITTDEC, En. Khairul Nizar, Pengurus Besar SIBEXLINK Sdn Bhd dan Tuan Essam Ismail, Menteri Hal Ehwal Komersial Kedutaan Mesir. 

6hb Disember 1999 – “An Introduction to E–Commerce: Its Impact on Business.”
Satu ceramah berkaitan dengan tajuk diatas telah diatur. Tiga penceramah jemputan telah menyertai ceramah. Mereka ialah Dr. Francis Visuvasam, Pengarah Urusan Suria Amal Sdn Bhd, En Anthony Raja Devadoss, Pengurus Besar dari syarikat yang sama dan En. Nik Abdul Azizbin Mohd Kamaludin, Pengarah Kemajuan Perniagaan, Supercomal Sdn Bhd, iaitu salah satu dari dua syarikat yang tersenarai di MESDAQ. Ceramah ini berjaya menarik minat para peserta mengenai peluang menggunakan e-commerce dan internet dalam perniagaan. YBhg Dato’ Matshah, Timbalan Presiden PERDASAMA yang mempengerusikan ceramah mencadangkan kita mengadakan tindakan susulan dengan mengadakan seminar khas untuk berbincang mengenai e-commerce. 

9hb Disember 1999 – “Pasar Ramadhan.”
PERDASAMA melancarkan pasar tersebut untuk peniaga-peniaga kecil bersempena Bulan Puasa. Lebih 70 buah gerai telah didirikan oleh peniaga-peniaga sendiri untuk menjual serna aneka makanan, minuman dan untuk berbuka serta keperluan Aidilfitri. PERDASAMA mengenakan caj sebanyak RM 300.00 untuk setiap peniaga tidak termasuk lessen DBKL. Pasar Ramadhan tersebut telah diadakan dengan kerjaama Plaza Pekeliling Management Corporation, DBKL dan pengurusan Wilson Parking Sdn Bhd. Ucapan terima kasih ditujukan kepada Plaza Pekeliling Management Corporation yang telah memberi peluang kepada PERDASAMA untuk menguruskan Pasar Ramadhan dan mendapat pengalaman darinya untuk masa depan.

AKTIVITI 2000 

23hb – 25hb Januari 2000 – “Misi Usaha Dagang (USADA MALINDO 1)”
Salah satu jawatankuasa kerja PERDASAMA iaitu Jawatankuasa Kerja Hal Ehwal Korporat – Kemajuan Profesional (KOPRO) Dato’ Moehamad Izat telah menganjurkan satu sesi lawatan perdagangan ke Indonesia. Delegasi ini diketuai oleh YBhg Dato’ Moehamad Izat Emir dengan kerjasama Himpunan Profesional Muslim Indonesia (HPMI). Misi bertujuan mengembangkan profesionalisme melalui pertukaran teknologi, pengetahuan serta melalui proses perkongsian bijak kedua-dua negara. 

27hb Januari 2000 – ”Seminar Ke Arah Mempertingkatkan Prestasi Pedagang dan Pengusaha melayu Kecil & Sederhana.”
Seminar berlangsung di Hotel MINT, Kuala Lumpur. Seminar sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cabaran dan halatuju pedagang dan pengusaha Melayu khususnya dalam menghadapi alaf baru. Penyertaan adalah seramai 160 orang. 

28hb Mac 2000 – Majlis Tea-Talk “ Peranan Wanita Dalam Pembangunan Ekonomi Negara.”
Majlis telah diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. YB Dato’ Seri Rafidah Aziz telah diundang khas untuk membincangkan tajuk di atas. Seramai lebih kurang 600 peserta telah hadir dan kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita. Di antara objektif majlis ini ialah memberi pendedahan kepada wanita mengenai cabaran dan peranan mereka dalam usaha memajukan lagi perkembangan ekonomi Negara. 

20hb – 30hb April 2000 – “Misi Jualan Khas Ke Iraq.”
Misi ini dianjurkan oleh PERDASAMA dengan kerjasama MATRADE. Seramai 36 pengusaha dan pedagang dari Malaysia akan menyertai misi tersebut. Di antara objektif lawatan tersebut ialah meninjau peluang-peluang perniagaan di Iraq di samping mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dua hala di antara kedua-dua buah negara. 

30hb April – 3hb Mei 2000 – Misi Usaha Dagang Ke Kuwait (USADA KUEM)
Misi tersebut akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Hal Ehwal Korporat – Kemajuan Profesional (KOPRO) PERDASAMA. Ia sebagai kesinambungan lawatan yang akan diadakan ke Iraq. Tujuan utama misi dagang ini juga bertujuan meninjau peluang-peluang perniagaan yang terdapat di sana. 

3hb Mei 2000 – ”Kunjungan Hormat PERDASAMA bertemu YAB Ketua Menteri Melaka”.
PERDASAMA telah membuat satu kunjungan hormat bertemu YAB Ketua Menteri Melaka. Di antara tujuan utama pertemuan ini ialah memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan mendengar taklimat daripada YAB Ketua Menteri berkaitan perkembangan ekonomi semasa di Negeri Melaka disamping meninjau peluang-peluang perniagaan yang boleh didapati di sana. Seramai 80 ahli PERDASAMA telah menyertai kunjungan hormat tersebut yang diadakan di pejabat Ketua Menteri Melaka. 

22hb Jun – 2h Julai 2000 – ”Misi Ke Dua Jualan Khas Ke Iraq.”
Hasil daripada kejayaan PERDASAMA menganjurkan Misi Jualan Khas Ke Iraq pada 20 hingga 30April 2000. PERDASAMA sekali lagi menganjurkan Misi Ke Dua Jualan Khas Ke Iraq dengan disertai oleh seramai 20 delegasi. Melalui misi ini, beberapa pertemuan telah dibuat dngan kementerian yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan Iraq. 

5hb Julai 2000 – ”Kunjungan Hormat PERDASAMA ke Bank Negara dan Petronas.”
Satu kunjungan hormat telah diatur oleh PERDASAMA bersama dengan 46 ahli yang bergiat dalam pelbagai bidang perniagaan bertemu dengan Unit Pembangunan Bumiputera, Bank Negara Malaysia dan Petronas. Kunjungan hormat ini dibuat khusus untuk mendapatkan maklumat serta peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh ahli PERDASAMA di Bank Negara Malaysia melalui tabung-tabung yang ditubuhkan serta peluang-peluang di Petronas. 

2hb Ogos 2000 – ”Kunjungan Hormat Wanita PERDASAMA bertemu YB Dato’ Seri Rafidah Aziz.”
Jawatankuasa Wanita PERDASAMA telah mengadakan satu pertemuan dengan YB Dato’ Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang disertai oleh seramai 45 ahli. Pertemuan ini banyak membincangkan program-program yang boleh dibuat oleh PERDASAMA demi meningkatkan prestasi Pedagang dan Pengusha Melayu di negara ini. Hasil daripada pertemuan ini, YB Dato’ seri Rafidah menyarankan supaya badan peniaga wanita yang terdapat di negara ini seperti Peniagawati dan Usahanita perlu bekerjasama dengan Wanita PERDASAMA dalam menjalankan program untuk kebaikan pengusaha wanita di negara ini. 

7hb Ogos 2000 – ”Kunjungan Hormat PERDASAMA bertemu Menteri besar Johor dan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.”
Dalam usaha mencari peluang perniagaan untuk ahli PERDASAMA dan Pedagang serta pengusaha Melayu di negara ini, PERDASAMA menganjurkan kunjungan hormat bertemu YAB Menteri Besar Johor. Pada masa yang sama kunjungan juga telah dibuat ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kunjungan ini disertai oleh 90 pedagang dan pengusaha Melayu termasuk daripada negeri Johor sendiri. Banyak peluang-peluang dan maklumat telah diperolehi oleh anggota rombongan di dalam kunjungan hormat ini. 

26hb Ogos 2000 – ”Majlis Tea-Talk Bersama Ikatan Wanita Pengusaha Indonesia.”
Bersempena dengan lawatan rombongan Ikatan Wanita Pengusaha Indonesia ke negara ini pada 24 hingga 26 Ogos 2000, satu majlis Tea-Talk telah diadakan oleh PERDASAMA di Menara Safuan yang dihadiri oleh 55 pengusaha Melayu. Taklimat berkaitan dengan peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oelh pedagang dan pengusaha Melayu khususnya pedagang wanita di Indonesia. Antara tokoh pengusaha wanita Indonesia yang hadir ialah Ibu Martha Tilaar. 

19hb September 2000 – ”Majlis Malam Mesra Sempena Konvensyen Bumiputera.”
Majlis Malam Mesra telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Antara peserta yang hadir terdiri daripada ahli dan bukan ahli serta golongan korporat dan kementerian. Majlis ini ditaja oleh pelbagai pihak swasta seperti Shell, Prolink, Telekom Malaysia, Proton, Bank Of Commerce, Arab Malaysian Bank dan pelbagai pihak yang lain. 

20hb Oktober 2000 – ”Majlis Doa Selamat Sempena Perpindahan Sekretariat PERDASAMA.”
Majlis Doa Selamat telah diadakan di Sekretariat PERDASAMA sempena perpindahan PERDASAMA berpindah ke premis baru di Lot 1717, Jalan Ledang Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur. Majlis ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari pelbagai pihak. 

23hb Oktober 2000 – ”Bagaimana E-Commerce boleh membantu dalam Urusniaga Anda.” Majlis Tea-Talk “Bagaimana E-Commerce boleh membantu dalam Perniagaan Anda” telah diadakan di Legend Hotel, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Majlis Tea-Talk ini diadakan dengan kerjasama MSC Incubator yang diwakili oleh Dr. Norsaidatul Akmar dan Dr. Martin Harnivien daripada e.finance.com. Ia dihadiri oleh ahli dan bukan ahli. 

26hb Oktober 2000 – “Bagaimana Perniagaan Anda Bolah Di Franciaskan.”
Morning Talk “Bagaimana Perniagaan Anda Boleh Di Francaiskan” telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Adzmi Wahab. Morning Talk ini diadakan di Hotel Legend, Jalan Putra Kuala Lumpur. 

11hb November 2000 – “Majlis Suaikenal & Makan Durian Untuk Ahli PERDASAMA.”
Satu Majlis Suaikenal telah diadakan di sekretariat PERDASAMA. Ia bertujuan untuk memperkenalkan premis baru PERDASAMA kepada ahli dan bukan ahli serta menarik lebih ramai bukan ahli menjadi hli. Buah-buahan tempatan yang terdiri daripada buah durin, rambutan serta manggis telah ditaja oleh salah seorang ahli PERDASAMA iaitu FCI Resources Management Sdn Bhd. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak termasuk ahli dan bukan ahli. 

15hb Disember 2000 – “Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Darul Kifayah, Jalan Ipoh.”
Satu majlis Berbuka Puasa bersama hamper 100 orang Anak Yatim Darul Kifayah daripada Jalan Ipoh telah diadakan dengan jemputan hamper 300 orang yang terdiri dari ahli dan bukan ahliserta dari jabatan kerajaan dan kementerian.

AKTIVITI  2001 

15hb Februari 2001 – “Peluang Pelaburan dan Perniagaan di Romania bersama 20 Delegasi Perniagaan dari Romania.” 
Majlis tea-talk ini diadakan di Pejabat PERDASAMA pada 15 Januari 2001 jam 2.00 petang dengan dihadiri seramai 30 orang dari kalangan peniaga dan pengusaha dari Malaysia dan 20 orang dari Romania. 

6hb Februari 2001 – ”Sesi Dialog Petang bersama Menteri Luar Iraq.”
Membincangkan mengenai senario terkini di Iraq selepas sekatan ekonomi PBB serta peluang perniagaan dan cara-cara menembusi pasaran bekalan dan perkhidmatan kepada Iraq. 

23hb Februari 2001 – ”Lawatan dari Dewan Perindustrian Zarqa Jordan.”
Melibatkan Pengerusi, Dr. Muhammed KH Tell dn Timbalan Pengerusi, Mr. Thabet Alwer. Membincangkan mengenai peluang dan kemudahan pelaburan di Jordan terutamanya di zon perindustrian Zarqa. 

12hb Ogos 2001 – “Lawatan ke Pejabat Menteri Besar Perak.”
Lawatan ke Pejabat Menteri Besar Perak ini disertai dengan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi Perak mengenai peluang-peluang perniagaan. 

20hb Septembet 2001 – “Seminar peranan, tanggungjawab dan Hak Wanita.” 

23hb & 24hb Oktober – “Seminar Pelaburan Dalam Industri Tani.” 

8hb November 2001 – “Projek Wawasan Peruncitan (PROSPER) Bersama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).” 

30hb November 2001 – “Majlis Makan Malam bersama Anak-anak Yatim, Orang-orang tua.”

Majlis ini dianjurkan dengan usahasama dengan Takaful Malaysia, NGO dan individu.

AKTIVITI 2002 

3hb Januari 2002 – Kunjungan Presiden PERDASAMA dan AJK ke Pejabat Menteri Besar Selangor YB Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo. Perjumpaan bertujuan membincangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh disertai oleh Ahli-ahli PERDASAMA di negeri Selangor dan bagaimana Persatuan ini boleh membantu perkembangan ekonomi negeri. 

14hb Januari 2002 – Rombongan deligasi Kerajaan Kyrgyz ke Malaysia bertempat di bilik mesyuarat Penthouse, Menara Safuan, No. 80 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, membincangkan peluang-peluang perniagaan di Rep. Kyrgyz. 

17hb Januari 2002 – Mesyuarat cawangan PERDASAMA Johor yang dihadiri oleh Presiden PERDASAMA Pusat dan Pengarah Eksekutif bagi mengemaskini halatuju cawangan. 

25hb Januari 2002 – Kunjungan hormat Presiden PERDASAMA dan ahli seramai sepuluh orang ke Pejabat Menteri Besar, Negeri Sembilan YAB Tan Sri Hj. Mohd Isa B. Dato’ Hj. Abdul Samad bertujuan berbincang mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada Persatuan dan memperkenalkan objektif penubuhan PERDASAMA. 

30hb Januari 2002 – Seminar PUNB – ROC di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur bertajuk “Program Latihan Pengarah-pengarah Syarikat.” 

21hb Februari 2002 – Kunjungan Presiden dan Ahli-ahli PERDASAMA ke Putrajaya. 

12hb -24hb Mac 2002 – Lawatan ke luar negara Moscow, Germany dan Poland bersama YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bagi peluang-peluang perniagaan. Turut serta YBhg Presiden Dato’ Moehamad Izat Emir, YBhg Dato’ Matshah Safuan dan YBhg Mejar (B) Hj. Abdul Rahim Saad. 

20hb Mac 2002 – Kunjungan hormat dan Lawatan Sambil Belajar ke Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) YBhg Dato’ Dr. Mohd Aminuddin Rouse, Presiden / CEO MTDC, bertujuan mencari peluang-peluang perniagaan dan memahami fungsi sebenar MTDC. 

21hb Mac 2002 – Kunjungan hormat dan Lawatan Sambil Belajar ke Multimedia University (MMU) bagi mengenal pasti penemuan produk-produk terbaru untuk diniagakan oleh ahli-ahli PERDASAMA. 

28hb Mac 2002 – Seminar ROC “Latihan Wajib Pengarah-pengarah Syarikat” di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur selama satu hari.

30hb Mac 2002 – Cawangan Wilayah Persekutuan – AGM. 

4hb April 2002 – Cawangan PERDASAMA Pulau Pinang – AGM. 

8hb – 13hb April 2002 – Majlis Dialog Tahunan MITI yang dihadiri oleh Presiden PERDASAMA Pusat. 

23hb Mei 2002 – Cawangan PERDASAMA Kelantan – AGM.

11hb Jun 2002 – AGM PERDASAMA Pusat yang dijalankan di Menara Safuan, Jalan Ampang Kuala Lumpur.


AKTIVITI 2003 

10hb Februari 2003 – Perjumpaan Bersama Pegawai Perhubungan Korporat TESCO Stores. Sesi pertemuan diantara TESCO dan ahli PERDASAMA yang berminat untuk menceburi peluang ke hypermarket. Turut hadir ke majlis ini ialah Presiden PERDASAMA Malaysia, YBhg Dato’ Moehamad Izat Emir dan wakil dari TESCO, Mr Peter Bracher. 

15hb Februari 2003 – Majlis Menandatangani Memorandum AMAN MALAYSIA. Majlis pelancaran peringkat Persatuan Kempen Sejuta Tandatangan bagi membantah peperangan di Iraq yang turut dihadiri oleh Exco Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Tuan Said Anuar. 

27hb Februari 2003 – Pertemuan Bersama Dewan Perniagaan Negara Cuba. Sesi pertemuan yang diadakan di pejabat PERDASAMA Malaysia bersama wakil perniagaan dari Negara Cuba yang ingin menjalinkan hubungan kerjasama perniagaan dengan usahawan dan pedagang di Malaysia. 

28hb Februari 2003 – Seminar Setiausaha dan Penolong peribadi. PERDASAMA dengan kerjasama Syarikat HR Capital mengadakan seminar yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman bagi golongan setiausaha dan penolong peribadi. 

11hb Mac 2003 – Pertemuan Bersama Rombongan Perniaga Romania. Pertemuan diantara ahli PERDASAMA dan ahli perniagaan dari Romania untuk membuka peluang menjalinkan hubungan perniagaan diantara kedua-dua wakil perniagaan dari kedua-dua Negara.

15hb April 2003 – Seminar Industri Sokongan Pertahanan 2003 (SISP 03). PERDASAMA dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia menganjurkan seminar yang bertujuan untuk meningkatkan peniaga dan pengusaha Melayu yang terlibat di dalam perniagaan dengan Kementerian Pertahanan. SISP 03 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak selaku Menteri Pertahanan di Hotel Sheraton, Subang.

15hb April 2003 – Mesyuarat Kebangsaan Pertama Setiausaha & Bendahari PERDASAMA. Mesyuarat Kebangsaan Setiausaha & Bendahari PERDASAMA dari seluruh cawangan PERDASAMA di Malaysia yang bertujuan untuk menerangkan secara jelas hala tuju dan perkembangan PERDASAMA. 

22hb April 2003 – Sesi Pertemuan Bersama Wakil Perniagaan Negara Cuba. Menganjurkan pertemuan bersama wakil perniagaan dari Negara Cuba yang terlibat di dalam industri automotif. 

21hb Mei 2003 – Majlis Dialog dan Majlis Makan Malam bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan. PERDASAMA Negeri Kelantan telah menganjurkan majlis ini bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan PERDASAMA Kelantan di Hotel Renaissance, Kota Bharu. 

29hb Mei 2003 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Ke-34. Mesyuarat ini diadakan bersempena persediaan Mesyuarat Agung PERDASAMA ke-5 dapat berjalan dengan lancar. Mesyuarat ini diadakan di Ayer keroh, Country Resort Melaka. 

4hb Jun 2003 – Buletin PERDASAMA keluaran ke-4. Penerbitan buletin PERDASAMA ke-4 dan diedarkan ke seluruh kementerian dan agensi kerajaan, kedutaan, pihak swasta dan wakil kerajaan yang berada di luar negara. 

13hb Jun 2003 – Mesyuarat Agung PERDASAMA Malaysia Ke-5. Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 yang diadakan di Dewan Utama, Aras 6, Bangunan Bank Industri & Teknologi. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

10hb Julai 2003 – Seminar Industri Sokongan Hypermarket 2003 (SISHM 03’). PERDASAMA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna menganjurkan SISHM 03 yang berlangsung di Dewan Merdeka. PWTC. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Menteri Perdagangan dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. 

5hb Ogos 2003 – Mesyuarat Khas Jawatankuasa PERDASAMA, bertempat di Hotel Shangri-La iaitu selepas Majlis Pertemuan bersama Presiden Russia, H.E. Vladimir Putin bersama pedagang di Malaysia.

7hb Ogos 2003 – Mesyuarat Penubuhan PERDASAMA Cawangan Terengganu. Penubuhan cawangan ke-10 PERDASAMA di Malaysia. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBhg Dato’ Moehamad Izat Emir, Presiden PERDASAMA Malaysia.

8hb Ogos 2003 – Sesi Suaikenal & Perancangan Biro Ehwal Wanita. Biro Ehwal Wanita PERDASAMA mengadakan sesi perancangan untuk menentukan hala tuju yang jelas dan perancangan rapi biro di masa akan datang. Majlis dipengerusikan oleh Puan Rohana Ahmadun selaku Pengerusi Biro Ehwal Wanita. 

15hb Ogos 2003 – Mesyuarat Lembaga Penasihat ke-2, dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri dato’ mohd ramli Kushairi bertempat di Pejabat PERDASAMA Nasional pada jam 3.30 petang.

23hb Ogos 2003 – Sesi Dialog Bersama Presiden, Presiden PERDASAMA Nasional dijemput untuk merasmikan dan seterusnya turut serta di dalam majlis dialog yang bertajuk ’Meningkatkan Kembali Pradigma Usahawan Negeri Kedah’ anjuran PERDASAMA Negeri Kedah. 

4hb September 2003 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PERDASAMA Nasional, majlis diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, PERDASAMA Nasional pada pukul 4 petang.

5hb September 2003 – Sidang Akhbar Russian Business Talk, majlis sidang akhbar yang dihadiri oleh kebanyakan akhbar utama di Malaysia. Sidang akhbar dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Moehamad Izat Emir, Presiden PERDASAMA bertempat di Pejabat PERDASAMA Nasional.

16hb September 2003 – Russian Business Talk. PERDASAMA mengadakan satu ceramah tentang potensi-potensi perniagaan di Rusia yang di Pengerusikan oleh Presiden PERDASAMA dan pembentangan oleh Commercial Councellor Embassy Of The Russian, Mr. Anatoli A.Ramanov. Ceramah ini turut membentangkan tentang prosedur perdagangan antarabangsa dengan Russia dan insentif perdagangan dengan Russia. 

20hb September 2003 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERDASAMA ke-35. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PERDASAMA yang dirasmikan oleh Presiden PERDASAMA. Majlis Makan Malam bersama Presiden dan Lawatan ke Gua Ketil juga diadakan dan turut dirasmikan oleh YB Dto’ Dr. Mohd Affendi Bin Norwawi, Menteri Pertanian Malaysia.

9hb Oktober 2003 – Mesyuarat Lembaga Penasihat PERDASAMA Nasional ke-3, yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Mohd Ramli Kushairi di pejabat PERDASAMA Nasional pada jam 10 pagi.

23hb Oktober 2003 – Lawatan Pintar ke Multimedia Development Corporation (MDC) dan Cyberjaya. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat peluang-peluang perniagaan dalam bidang infrastruktur untuk para pedagang dan pengusaha Melayu. Ia juga bertujuan untuk membuka minda para pedagang dan pengusaha Melayu terhadap bidang Teknologi Maklumat. Lawatan ini diketuai oleh YBhg Dato’ Hj Mahmood Fauzi Hj Saad, Yang dipertua PERDASAMA Selangor merangkap AJK PERDASAMA Nasional.

3hb November 2003 – Buletin PERDASAMA ke-5 diterbitkan. Buletin ini seterusnya diedarkan ke semua pejabat kerajaan, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat, pihak swasta, kedutaan-kedutaan di Malaysia, Kedutaan Malaysia di luar Negara dan semua pihak yang boleh memberikan peluang kepada ahli-ahli PERDASAMA.

7hb November 2003 – Mesyuarat Lembaga Penasihat PERDASAMA ke-4 yang diadakan di Pejabat PERDASAMA Nasional jam 4.30 petang. 

7hb November 2003 – Majlis Berbuka Puasa PERDASAMA yang diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dari rumah anak yatim Darul Kifayah. Turut hadir ialah Lembaga Penasihat, Ahli Jawatankuasa Nasional dan Negeri serta ahli-ahli PERDASAMA.

AKTIVITI 2004

26 Januari 04 - Kunjungan Delegasi Peniaga Ukraine ke PERDASAMA Pusat

17 Februari 04 - Kunjungan Delegasi Peniaga Iran ke PERDASAMA Pusat

15 Mac 04 - Kunjungan Delegasi Peniaga Australia ke PERDASAMAPusat

25 – 28 April 04 - Lawatan dagangan 3 hari PERDASAMA ke Singapura
(Anjuran bersama Dewan Perniagaan Melayu Singapura)

07 Mei 04-Pelancaran Penubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan. Dirasmikan : YB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

19 Jun 04 - Mesyuarat Agung PERDASAMA Kali Ke-6 Dirasmikan : YB Dato’ Mohd Shafie Bin Hj Apdal

15 Julai – 16 Julai - “The 5th Malaysia International HALAL FOOD Conference Kuala Lumpur” di Putra World Trade Centre. Usahasama
PERDASAMA dengan Expomal Network Sdn Bhd.

15 Julai – 17 Julai “The 5th Malaysia International – Food & Beverage Trade Fair 2004” di Putra World Trade Centre. Usahasama PERDASAMA dengan Expomal Network Sdn Bhd

05 Ogos 04 : Seminar Industri Sokongan Pertahanan 2004 kali ke-2 (SISP)
Dirasmikan : YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

27 – 30 September 04 :Lawatan Dagangan PERDASAMA Ke Surabaya, Indonesia

10 Oktober 04:Lawatan 3 hari Delegasi Perniagaan Dewan Perniagaan Melayu Singapura ke PERDASAMA

04 November 04:Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Darul Kifayah di PERDASAMA Pusat

01 Disember 04 :Forum Perniagaan Malaysia – Ukraine

AKTIVITI 2005

14 – 15 Januari 05 ;Friendly Golf Challenge PERDASAMA – Dewan Perniagaan
Melayu Singapura (DPMS) 

05 Februari 05: Majlis Makan Tengahari dan Taklimat Kongres Warisan Melayu Bersama Presiden PERDASAMA 

04 Februari 05 :Jemputan Menghadiri Pra- Mesyuarat untuk Sesi Dialog bersama“Government link Companies” (GLCs) oleh MIDA 

07 Februari 05 : Majlis Pelancaran dan Sidang Media Kongres Warisan Melayu 

24 Februari 05: Sidang Media Kongres Warisan Melayu di PERDASAMA
Pusat 

28 Februari 05 Jemputan untuk Majlis Dialog Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2005 

28 Februari- 3 Mac Jemputan oleh MATRADE : Lawatan Delegasi Perniagaan
05 dari Amerika Syarikat ke Malaysia

13 – 23 Mac 05 Jemputan oleh MATRADE: Misi Perdagangan Malaysia Ke Negara-negara ASEAN (Myanmar, Laos, Thailand, &
Indonesia). 

17 – 18 Mac 05 Jemputan oleh ASLI: 2nd Asean Leadership Forum di Renaissance Hotel Kuala Lumpur 

27 - 30 Mac 05 Jemputan oleh ASLI: International CEOs Conference 2005 – “Global Issues & Challenges Facing Asian Corporations” 

8, 9 & 10 April 05 Kongres Warisan Melayu – Ekspo, Seminar dan Makan
Malam anjuran bersama PERDASAMA, UITM, UILC,
Kementerian Kesenian dan Warisan. 

13 – 15 April 05 Jemputan oleh Kedutaan Besar Malaysia : Kazakhstan Food Market 2005 

08 – 16 Mei 05 Jemputan oleh MATRADE: Misi Perdagangan Pelaburan Ke Turki, Kuwait, Oman dan Pakistan 2005 

7 June 2005 AGM Nasional ke-7 perasmian oleh TPM di Bank Industri,
Kuala Lumpur.

8 Ogos 2005 Golf Business Matching – Surabaya anjuran Biro Sukan
Nasional.

19 Ogos 05 Mesyuarat Khas Bersama Presiden di PERDASAMA Pusat

12 Sept. 05 Business Discussion With Minister Of Finance Uzbekistan, And Uzbekistan Delegation , 

21 Sept. 05 Mesyuarat AJK Pusat Ke 43 Dan Mesyuarat Yang di Pertua Negeri bertempat di PERDASAMA Pusat. 

4 Oct. 05 Jemputan Finland Embassy - M’sia – Finland Business Seminar & Networking Luncheon At Hotel Nikko, KL telah dihadiri oleh Presiden. 

20 Oct . 05 Program anjuran PERDASAMA bersama PERDASAMA Selangor dan Biro Hal Ehwal Wanita Nasional : Majlis Amal Ramadhan PERDASAMA Bersama MB Selangor Bertempat Di Komplek Kebudayaan Selangor, Sek. 7, Shah Alam, Selangor telah dihadiri seramai 200 orang anak yatim seluruh Selangor.

24 Okt. 05 Perjumpaan Bersama FAMA –10.00 Pagi Bertempat Di Ibu Pejabat Fama, Selayang telah dihadiri oleh Presiden, Setiausaha Agung, Tn Hj Bahari dan Datuk Naim.

26 Okt. 05 Sessi Dialog PERDASAMA bersama MIDA –10.00 Pagi, Bilik Mida, Damansara . Antara yang telah hadir adaah Presiden, Tn Hj Ami, En Jalil, Dato’ Naim, Pn Noorhashimah, En Khairuddin,dan Dato’ Rusli.

27 Okt. 05 Jemputan ASLI : The 10th Malaysian Capital Market Summit 2005 “Scalling New Heights, Capitalising on new opportunities” telah dihadiri Presiden.

15 Nov. 05 Mesyuarat Perbincangan “Program Latihan Sangkutan” di bawah Skim Latihan Graduan 05 anjuran Kem. Sumber Manusia telah dihadiri Presiden

22 Nov. 05 Jemputan MTEN : Forum China & India : Strategizing Malaysia’s Competitive Position” di Hotel Marriot Putrajaya telah dihadiri oleh Presiden bersama 18 orang AJK Nasional dan JawatanKuasa Biro Wanita.
21 Nov
1 Dis.05 Jemputan SME Bank Road-Show di N.Sembilan, Penang, Melaka, Johor, Perak, Kedah, Kelantan,dan Terengganu telah disambut baik oleh ahli-ahli PERDASAMA bagi merebut peluang kemudahan kewangan yang disediakan oleh pihak bank secara terus kepada usahawan Perdasama.

1 Dis. 05 Jemputan ASLI : Malaysian Distributive Trade Forum 05 di Mandarin Hotel telah dihadiri oleh Pn Noorhashimah bersama semua AJK Biro Wanita

5 Disember 05 Jemputan kedutaan Turki :- Business Seminar – Turkish and Malaysia companies di Hilton KL Sentral telah ketuai oleh Dato’ Naim Mohamad bersama 18 orang AJK Nasional dan Biro Wanita.

13 Dis. 05 Jemputan FELDA : Penceramah Undangan pada Konferensi Kebangsaan FELDA 2005 di PICC, Putrajaya telah diwakili oleh En Anjaniman.

14 Dis. 05 Jemputan PKNS : Ahli Panel Forum dan Dailog Klinik Usahawan 05
bertempat di Menara PKNS, PJ telah diwakili oleh Dato’ Hj Naim Mohamad

21 Dis. 05 Mesyuarat AJK Nasional kali ke 44

AKTIVITI 2006

26 Jan 06 Seminar Usahawan Cemerlang diadakan di Dewan Utama, Menara Bank Pembangunan dan telah dihadiri oleh para usahawan dan usahawanita seramai 50 orang. Seminar ini memfokuskan kepada 2 sesi utama iaitu sesi motivasi bersama YBhg. Dato’ Mohd Fadzilah Kamsah berkenaan usahawan berjaya dan sesi pembiayaan kewangan bersama beberapa institusi kewangan seperti TEKUN, MARA, SME Bank dan sesi penerangan berkaitan khairiat kematian oleh Wassiyah Shoppe.
17 Feb 06 Seminar Pembiayaan Usahawan Wanita (SPUW) anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Perdasama bertempat Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seminar ini telah berjaya mengumpul seramai 350 orang usahanita. Objektif program mengutamakan saluran dan kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan dan badan-badan kerajaan. Antara panel-panel yang terlibat dalam menyampaikan maklumat adalah SMIDEC, MARA, Bank Pembangunan, CGC Berhad, dan SME Bank. Sesi soal jawab turut mendapat perhatian bagi mengutarakan masalah-masalah oleh para usahanita. Seminar dirasmikan oleh Menteri Kewangan Ke– II, YBhg Tan Sri Noor Yakcop.

21 Mac 06 Bengkel Kemudahan Pembiayaan Kewangan Bersama SME Bank Berhad. Bengkel kemudahan pembiayaan kewangan ini telah berjaya dianjurkan di beberapa cawangan PERDASAMA seperti Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang. Bengkel yang diadakan selama setengah hari ini di hadiri oleh 30 peserta sahaja bagi memberikan penumpuan yang lebih semasa sesi berlangsung. Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan kefahaman kepada ahli-ahli PERDASAMA yang berminat untuk memahami kaedah membuat kertas kerja dan rancangan perniagaan yang berkesan yang memenuhi kehendak bank terutama Bank SME Berhad.

26 April 06 Lawatan kunjung hormat Batam of Commerce ke PERDASAMA bertempat di PERDASAMA Pusat. Misi kunjung hormat tersebut bertujuan untuk menjalin hubungan silaturahim antara Batam Chamber dan PERDASAMA., menjalin kerjasama dalam bidang perdagangan dua hala, peningkatan kerjasama dalam bidang sumber manusia, peningkatan kerjasama dalam bidang perlancongan dan peningkatan kerjasama dalam bidang maritim. Kunjung hormat tersebut dihadiri oleh 11 orang delegasi daripada Batam yang diketuai oleh Puan Nada Faza Soraya dan, PERDASAMA.

27 Jun 06 AGM PERDASAMA Nasional kali ke 8 bertempat di Menara Bank Pembangunan , Kuala Lumpur. Kehadiran 150 orang.

23 Jun 06 Lawatan Kunjung Hormat PERDASAMA Pahang ke PERDASAMA Pusat. Delegasi seramai 7 orang diketuai oleh YDP Pahang, Dato’ Ahmad Fuad Ibrahim.

20 Jul 06 Lawatan kunjung hormat delegasi dari Kurdistan seramai 6 orang ke PERDASAMA.

25 Jul 06 Perjumpaan PERDASAMA Labuan bersama Presiden diketuai oleh Dato’ Hj Yussof Hj Mahal dan 12 orang AJK Cawangan.

28 Jul 06 Lawatan Kunjungan Hormat Rombongan Delegasi Banten, diketuai Gabenor Daerah Banten, Ibu Hjh Ratu Atut Shosijah dan 9 delegasi. Tempat di Menara Safuan. Di jemput khas pegawai Matrade, SMIDEC, MIDA.

16 Ogos 06 Mesyuarat khas pengurusan – isu krisis kewangan PERDASAMA.

7 Ogos 06 Mesyuarat mengulas isu bagi perbincangan dan sesi dialog bersama PERDASAMA dan Bank Negara Malaysia

23 Ogos 06 Jemputan ke taklimat kerjasama Perniagaan UPM – PERDASAMA bersama Prof Dato’ Mohamad Shariff, Pengarah Pusat Inovasi dan Perkomersilan UPM Di Serdang

17 September 06 Business Networking Golf PERDASAMA 2006 anjuran Biro Sukan Nasional di Impian Golf Country Club. Penyertaan 65 orang.

2 Oktober 06 Perjumpaan PERDASAMA bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Presint 4, Putrajaya.

8 Oktober 06 Majlis Berbuka PERDASAMA bersama anak-anak yatim dan warga emas bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

16 Oktober 06 Mesyuarat memohon pengecualian bayaran sewa rumah kerajaan Lot 1717 bersama pegawai Setiausaha Bahagian , Kementerian Kewangan, Puan Norazila

17 Oktober 06 Diskusi PERDASAMA bersama PERKEMA, membincangkan isu AP & Francais – Memorandum kepada Perdana Menteri bertempat di Pan Pacific Hotel , KL

14 Oktober 06 Projek Mutiara Terengganu 2006- Seminar Motivasi Peperiksaan SPM & Majlis Buka Puasa di SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu. Seramai 400 pelajar telah berjaya menghadiri program ini

19 Oktober 06 Majlis Berbuka Puasa bersama AJK . Makanan di taja oleh En Jamal Makaddas Ali . Untuk menghargai kerjasama AJK Berbuka Puasa Anak yatim dan sekretariat di atas kerja keras menjayakan program tersebut.

13 & 14 November 06 SESSI DISKUSI PEMBANGUNAN EKUITI (PEKUITI) BERSAMA AHLI PERDASAMA pada 13 & 14 NOVEMBER 2006 bertempat di PERDASAMA dari jam 9.00pg. hingga 5 ptg.
Seramai 50 orang ahli telah hadir pada 2 hari sessi taklimat temuduga tersebut. Tetamu VIP Dp. Bank Pembangunan : En Jasmani Abas , CEO Bank Pembangunan Ekuiti dan En Tairudin Yusof, COO Bank Pembangunan Ekuiti
Info Ringkas On Dana:
Dana Berjumlah RM 250K Perlu di Agihkan Kepada Usahawan Atas Kuota Bumiputera pada/sebelum Februari 06.

15 November 05 DISKUSI DELEGASI LIBERIA BERSAMA PERDASAMA di pengerusikan oleh Dato’ Naim Mohamad, Ketua Biro Antarabangsa. Kehadiran 20 orang.

17 November 06 OPEN HOUSE PERDASAMA Anjuran bersama Biro Wanita, Biro Sukan dan Pusat pada JAM 3.00 – 6.PETANG DI PERDASAMA
Jemputan : AJK Nasional/ AJK Sukan/ AJK Wanita dan jemputan ahli dan jemputan luar . Seramai 30 orang telah hadir
Biro Sukan taja RM 300. Biro Wanita bawa makanan secara ”port-luck”. Persediaan majlis di uruskan oleh sekretariat pusat. 

7 Disember 06 “Brainstorming” Perjumpaan PERDASAMA bersama PM
Dhadiri oleh Pn She, Tn Hj Ami, Jalil. Anjaniman, Dato Fauzi, Dato’ Rusli, Dato’ Khaled, Khairudin, jam 4.30 ptg. 

7 Disember 06 Mesyuarat gerak kerja Hypermarket jam 3.30 ptg.
Dihadiri Ami, Jalil, Khairudin, Dato’ Fauzi, Anjie. 

7 Disember 06 Mesyuarat AJK Event MSC jam 11.00 pg. Di hadiri oleh Dato’ Naim, En Rahim, Adam Din, Azian, En Zulkarnain, Mandarin Star dan MSC. 

13 Disember 06 Mesyuarat Lembaga Penasihat PERDASAMA Sidang 2 kali 2006. Bakal hadir TS Ramli Kushairi, T.S Arshad Ayub, Dato’ Pahamin Rajab, Dato’ Mustafa Mansor, Dato’ Seri Megat Najmuddin, Dato’ Izat, Mej. Rahim, Pn Sha, Pn Teh. 

14 Disember 06 Mesyuarat AJK Event MSC kali ke 2 jam 3 petang. Dihadiri oleh Adam Din, Azian, Zulkarnain , Mandarin Star. 

14 Disember 06 Mesyuarat SISP kali ke 7 bersama Event Management F&R Exhibition & Conference Sdn Bhd 

15 Disember 06 Internal Course “Office Management & Leadership”.

AKTIVITI SEHINGGA FEB 2007

5 Januari 07 Operation Manual Committee jam 4 ptg. Dihadiri oleh Tn Hj Ami, En Jalil, Pn Norra dan Pn Halina 

6 Januari 07 Seminar Awareness and Opportunities on MSC anjuran Biro Perundangan/ Biro ICT/ MSC/ Mandarin Star di PNB Darby. 

7 Januari 07 Mesyuarat SISP kali ke 8 bersama Event Management F&R Exhibition & Conference Sdn Bhd 

12 Januari 07 Mesyuarat AJK Biro Perundangan kali pertama sidang 2007 di ibu pejabat. 

12 Januari 07 Mesyuarat AJK Khas membincangkan isu-isu untuk pertemuan eksklusif bersama PM. 

6 Februari 07 Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Sumatera Selatan, Palembang ke PERDASAMA. 
Bertempat di Penthouse, Tkt 25, Menara Safuan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



Kembali ke senarai arkib

 

Topik Forum Terkini

  • Pekerja mahir ICT akan di …
  • Manfaat kejatuhan harga saham
  • Kontraktor Melayu terancam
  • Bantu promosi ICT
  • Pembiayaan RM70b kepada k …
  • Perabot bumiputera teroka …
  • Perbelanjaan ICT tempatan …
  • OFFICIAL WEBSITE FOR SKUA …
  • Eksport sawit dijangka ce …
  • Kabinet Malaysia 2008
  • Kertas kelembapan ekonomi …
  • PIKOM Cadang Kementerian …
  • IT India pindah ke Malaysia
  • Rakyat Malaysia Lihat Eba …
  • PUNB tinjau kedai untuk u …
seterusnya...

  • IKLAN

     
     
    Utama | Meja Presiden | Profil | Jawatankuasa | Cawangan | Keahlian | Hubungi Kami

    Hakcipta © 2008 Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)