Seminar Pembiayaan Usahawan Wanita (SPUW)
Seminar Pembiayaan Usahawan Wanita (SPUW) anjuran Biro Wanita PERDASAMA pada 17 Februari 2006 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seminar ini telah berjaya mengumpul seramai 350 orang usahanita. Objektif program mengutamakan saluran dan kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan dan badan-badan kerajaan. Antara panel-panel yang terlibat dalam menyampaikan maklumat adalah SMIDEC, MARA, Bank Pembangunan, CGC Berhad, dan SME Bank. Sesi soal jawab turut mendapat perhatian bagi mengutarakan masalah-masalah oleh para usahanita. Seminar dirasmikan oleh Menteri Kewangan Ke – II, Tan Sri Noor Yakcop.
Kembali ke senarai arkib














