Bengkel Kemudahan Pembiayaan Kewangan Bersama SME Bank Berhad
Bengkel kemudahan pembiayaan kewangan ini telah berjaya dianjurkan di beberapa cawangan PERDASAMA seperti Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang. Bengkel yang diadakan selama setengah hari ini di hadiri oleh 30 peserta sahaja bagi memberikan penumpuan yang lebih semasa sesi berlangsung. Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan kefahaman kepada ahli-ahli PERDASAMA yang berminat untuk memahami kaedah membuat kertas kerja dan rancangan perniagaan yang berkesan yang memenuhi kehendak bank terutama Bank SME Berhad. Melalui bengkel ini juga diharapkan para peserta dapat menyediakan sekurang-kurangnya 70% daripada isi kandungan kertas kerja tersebut sebelum 30% lagi disiapkan dalam masa yang terdekat untuk dihantar ke pihak bank. Bengkel ini telah berjaya membantu para pengusaha dan pedagang untuk mendapatkan dana dengan cara yang betul. Berikut merupakan tentative bagi perjalanan bengkel:Cawangan Tarikh
Perak 17 Mac 2006
Kelantan 21 Mac 2006
Kedah 18 April 2006
Pulau Pinang 19 April 2006
Pahang 6 Mei 2006
Negeri Sembilan 18 Mei 2006
Kembali ke senarai arkib














