Business Networking Golf PERDASAMA 2006
Biro Sukan PERDASAMA Nasional telah berjaya menganjurkan Business Networking Golf PERDASAMA 2006 pada 17hb September 2006, Ahad dengan penyertaan seramai lebih daripada yang disasarkan. Kejohanan tersebut bertempat di Impian Golf & Country Club, Kajang, Selangor.Objektif penganjuran kejohanan tersebut telah berjaya menghimpun usahawan-usahawan disamping meluaskan lagi jaringan perniagaan yang sedia ada. Kejohanan pada kali ini telah memecahkan rekod kejohanan penganjuran PERDASAMA di mana terdapat pemenang bagi hadiah Hole in One berupa sebuah kereta Suzuki Grand Escudo. Pemenang tersebut adalah En Johnson Tan daripada Syarikat Ayer Hitam Tin Dredging Sdn Bhd
Kembali ke senarai arkib














