• UTAMA
  • Meja Presiden
  • Profil
  • Jawatankuasa
  • Cawangan
  • Keahlian
  • Hubungi Kami
 
Jumaat, 21 November 2008
 
Google
Web
www.perdasama.org.my

 

PERDASAMA

  • Pengumuman Terkini
  • Wajah Terbaru PERDASAMA
  • Aktiviti Akan Datang
  • Berita PERDASAMA
  • Buletin PERDASAMA
  • Galeri Gambar
  • Arkib PERDASAMA
  • Kerjaya di PERDASAMA
  • Forum

 

PAUTAN(LINK)

  • Berita
  • Kerajaan
  • Persatuan
  • Badan Berkanun
  • Bank
  • Universiti
  • Kedutaan
Bilangan Pelawat :

Berita PERDASAMA

Forum Kewangan untuk Pedagang dan Pengusaha Bumiputera 2007

Forum Kewangan untuk Pedagang dan Pengusaha Bumiputera yang telah di anjurkan oleh PERDASAMA dengan sokongan Kementerian Kewangan telah berjaya di adakan di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Forum yang menyediakan pelbagai maklumat serta informasi untuk pedagang dan pengusaha bumiputera khususnya telah di hadiri lebih daripada 400 peserta serta mendapat penajaan daripada banyak institusi kewangan di Malaysia. Antara penaja yang menyertai FKPPB 07 kali ini ialah penaja utama iaitu Exim Bank, Penaja Korporat iaitu CIMB, AmBank, Hong Leong, HSBC dan OSK Investment dan Penaja Bersama iaitu Maybank, Bank Pembangunan dan Bank Islam.

FKPPB'07 ini telah di rasmikan oleh Menteri Kewangan II iaitu Yang Berhormat Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop diiringi oleh Presiden PERDASAMA iaitu Yang Berbahagia Dato' Moehamad Izat Emir. Sebagaimana ucapan awal Pengerusi AJK FKPPB07 iaitu Encik Jalil Ismail menerangkan, "Peluang yang terbuka ini harus di rebut oleh pelbagai bentuk pedagang dan pengusaha bumiputera untuk menambahkan pengetahuan tentang selok belok perniagaan dengan lebih terperinci dalam memantapkan apa jua bentuk perniagaan".

Antara panel forum yang di jemput ialah Puan Darina Yusof Pengarah PKS HSBC, Encik Mohd Farid Mohd Rosli dari CIMB, Encik Hairul Nizam Mohammed Ketua Jabatan Trade Finance & Financial Institution, Encik Zulkipli Md Yunos Ketua Pembangunan Perniagaan Bank Islam serta Cik Nor Iza Hamzah Penasihat Produk CIMB. Forum pertama ini telah di pengerusikan oleh Y.Bhg Dato' Maznah Abdul Jalil daripada Hong Leong.

Untuk forum kedua pula, panelnya terdiri daripada Encik Abdul Jalal Atan Ketua Operasi II SME Bank, Encik Nor Azam M. Taib Pengurus Besar Perbankan Preniagaan Bank Islam, Encik Abdul Halim Husin dari Abd Halim KPTan & Co, Encik Ezamshah Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Tokio Marine Takaful dan Encik Sheikh Abdul Rahman Sheikh Abdullah Penolong Naib Presiden Takaful Ikhlas. Forum kedua ini telah di pengerusikan oleh Y.Bhg Dato' Abdullah Bin Sepien Pengerusi IQ Net Technologies Sdn Bhd.

Majlis penutupan yang telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Kewangan II iaitu Yang Berhormat Dato' Dr. Awang Adek Hussin dengan jayanya.

Klik untuk gambar-gambar FKPPB07

Kembali ke senarai berita

 

Topik Forum Terkini

  • Pekerja mahir ICT akan di …
  • Manfaat kejatuhan harga saham
  • Kontraktor Melayu terancam
  • Bantu promosi ICT
  • Pembiayaan RM70b kepada k …
  • Perabot bumiputera teroka …
  • Perbelanjaan ICT tempatan …
  • OFFICIAL WEBSITE FOR SKUA …
  • Eksport sawit dijangka ce …
  • Kabinet Malaysia 2008
  • Kertas kelembapan ekonomi …
  • PIKOM Cadang Kementerian …
  • IT India pindah ke Malaysia
  • Rakyat Malaysia Lihat Eba …
  • PUNB tinjau kedai untuk u …
seterusnya...

  • IKLAN

     
     
    Utama | Meja Presiden | Profil | Jawatankuasa | Cawangan | Keahlian | Hubungi Kami

    Hakcipta © 2008 Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)