Bengkel Latihan Pembangunan Usahawan Bumiputra (SME/SMIs), Kerjasama PERDASAMA, Universiti Teknologi MARA Malaysia dan Maybank

Pihak MAYBANK telah memberi panduan dan tunjuk ajar tentang teknik pengendalian dan pengurusan aliran tunai. Bengkel khas ini akan membolehkan pengusaha perniagaan mengelakkan diri daripada mengalami kegagalan akibat pengurusan kewangan yang lemah.
Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menyumbangkan kepakaran mereka dalam aspek pemasaran dan dalam masa yang sama memberi bimbingan kepada para usahawan dalam aspek pembungkusan dan penyediaan produk sebelum memasuki pasaran. Kerjasama dengan UiTM merupakan satu pemilihan yang tepat kerana universiti tersebut menyerupai kepakaran dan berupaya menjalankan program kajian dan pembangunan produk untuk menepati standard pasaran selain memenuhi kehendak semasa para pelanggan dan pengguna.
Antara panel-panel speaker yang telah hadir memberikan ceramah pada hari tersebut adalah Che Asniza Osman dari MEDEC, UiTM, Zainudin Hj Zakaria dari Maybank dan Hj Mohd Fathir Mohd Amin dari Visi Mantap Sdn Bhd.
Kembali ke senarai berita














