Secara amnya, e-Lodgement adalah kerjasama SSM dengan MAMPU yang menggunakan infrastruktur dan perkhidmatan di bawah portal perkhidmatan awam (MyGovernment). Perkhidmatan e-Lodgement ini membolehkan permohonan bagi pendaftaran dan perniagaan serta serah simpan dokumen berkanun syarikat dan perniagaan menerusi internet/online.
Objektif perkhidmatan ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan perkhidmatan e-lodgement ini dan juga memberi pendedahan tentang cara-cara penggunaannya dalam mencapai tahap pengurangan proses OTC (Over The Counter) yang mengambil pemprosesan data dan masa yang panjang serta memenatkan.
Banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak SSM bagi memudahkan pengguna untuk membuat urusan menerusi internet.
Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan e-Lodgement dan perkhidmatan lain yang disediakan, sila layari terus laman web SSM : www.ssm.com.my














