
Sejak 50 tahun yang lalu, kita telah menyaksikan pelbagai usaha oleh pihak kerajaan melalui agensi dan juga badan-badan kerajaan yang ditubuhkan bagi memberi pendedahan, bimbingan dan peluang untuk membangunkan masyarakat pedagang dan pengusaha Melayu dalam perniagaan. Namun demikian, menyedari kini kita berada dalam era globalisasi pencapaian pedagang dan pengusaha Melayu masih belum cukup membanggakan dan ini memerlukan usaha yang lebih agresif bagi mempertingkatkannya.
Antara permasalahan yang kerapkali berlaku ialah kurangnya kefahaman dan pengetahuan tentang kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan pihak perbankan. Sedangkan pada masa ini institusi kewangan dan pihak perbankan sedang rancak menawarkan pelbagai kemudahan kewangan yang turut mensasarkan kepada pedagang dan pengusaha.
Jika dahulu kita amat bergantung kepada perbankan luar seperti Standard Chartered, OCBC Bank, OUB Bank dan HSBC , namun kini pedagang dan pengusaha mempunyai pelbagai pilihan kemudahan kewangan yang boleh diperolehi daripada bank-bank tempatan yang turut mempunyai penekanan dalam usaha membangunkan negara. Nataranya ialah Bank Pertanian, Bank Rakyat, Bank Pembangunan , CIMB, Maybank , Bank Islam, RHB. EXIM Bank dan sebagainya. Malah sekiranya usaha penggabungan akan diambil menjadi hanya enam buah bank, namun kemudahan kewangan kepada pedagang dan pengusaha masih akan terus ditawarkan .
Justeru itu, kepelbagaiaan kemudahan kewangan perlu diketahui mengikut tujuan permohonan yang pelbagai dan berbeza. Sebagai contoh jika dahulu pinjaman dengan tujuan pembangunan pertanian hanya tertumpu kepada bidang ternakan dan ternakan, tetapi kini skop pertanian lebih luas perpektifnya. Bidang pertanian dan asas tani adalah termas kepada potensi sektor pertanian yang semakin kukuh ini, pedagang dan pengusaha juga perlu mencapai kemajuan dalam bidang tersebut dengan turut disokong oleh kemudahan kewangan yang sesuai dari institusi kewangan yang sepatutnya.
Negara kita sebenarnya mempunyai potensi yang terbaik dalam usaha memperbanyakkan lagi pedagang dan pengusaha. Peningkatan akademik dan kemahiran oleh masyarakat boleh digunakan dalam membuka perniagaan. Malangnya siswazah hari ini masih berada dalam cengkaman pengangguran kerana masih menunggu jawatan untuk bekerja maka gaji. Sedangkan siswazah boleh menjadi usahawan yang berjaya. Adalah menjadi harapan penguasaan akademik dapat disokong dengan menambahkan kemudahan kewangan dari pelbagai pihak bank untuk siswazah mencari tapak dalam dunia perniagaan.
Selain itu kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang merupakan angkasawan pertama negara, merupakan kejayaan dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Beliau telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilikan Angkasawan Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) bagi misi ISS dari Kazakhstan. Ini diikuti dengan calon kedua iaitu Kapten Dr Faiz Khaleed yang bakal meneruskan kesinambungan kejayaan pada misi angkasa bagi sesi 2008 / 2009. Tahniah dan syabas kepada Anak Melayu yang terus melakar nama Malaysia dengan semangat yang membara.
DATO' MOEHAMAD IZAT EMIR
PRESIDEN PERDASAMA NASIONAL










