Statistik daripada laporan Blue Print Modal Insan yang dikemukakan kepada Badan Bertindak Pelaksana Negara (BBPN) yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan terdapat kira-kira 242,195 atau 3.8 peratus daripada keseluruhan 6.3 juta pelajar sekolah di seluruh negara tercicir dan gagal menamatkan pendidikan mereka hingga ke tingkatan 5.
Daripada 437,896 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, 122,157 daripada mereka iaitu 28 peratus, tidak mempunyai haluan masa depan yang jelas apabila gagal menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Di atas kesedaran ini, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) melancarkan Projek Mutiara telah diadakan di Negeri Terengganu, Johor dan Pulau Pinang sebagai menyahut seruan Kerajaan dalam mendepani cabaran ini sebagai pembentuk peribadi generasi muda dalam merialisasikan cita-cita negara selaras insprirasi YAB Perdana Menteri, iaitu menjayakan Agenda Nasional.
Kejayaan penganjuran SEMINAR PELUANG-PELUANG KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN BELIA DAN LEPASAN SEKOLAH (SPPKKBLS) NEGERI PULAU PINANG 2007 dengan penyertaan 1,500 belia dan beliawanis, menyemarakkan semangat kami dalam meneruskan cita-cita ini ke seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari www.pmn.perdasama.org.my
Projek Mutiara Nasional
Topik Forum Terkini
- Pekerja mahir ICT akan di …
- Manfaat kejatuhan harga saham
- Kontraktor Melayu terancam
- Bantu promosi ICT
- Pembiayaan RM70b kepada k …
- Perabot bumiputera teroka …
- Perbelanjaan ICT tempatan …
- OFFICIAL WEBSITE FOR SKUA …
- Eksport sawit dijangka ce …
- Kabinet Malaysia 2008
- Kertas kelembapan ekonomi …
- PIKOM Cadang Kementerian …
- IT India pindah ke Malaysia
- Rakyat Malaysia Lihat Eba …
- PUNB tinjau kedai untuk u …














