Home Profil

» Dari Meja Presiden

» Perdasama

» Galeri Perdasama

» Blog Perdasama

Statistics

Content View Hits : 467805
Profile
Thursday, 05 November 2009 21:02

I. PROFIL KORPORAT

PERDASAMA, singkatan kepada Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia atau dalam bahasa Inggerisnya “Malay Businessmen and Industrialists  Association Of Malaysia (MBIAM)”, telah ditubuhkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966 pada 9hb Disember 1998.

PERDASAMA mempunyai keahlian seramai 15,000 syarikat bumiputera dengan keahlian aktif seramai 4,800 di 13 buah cawangan diseluruh negara merupakan sebuah persatuan yang fokus terhadap hak dan kepentingan masyarakat pedagang dan pengusaha bumiputera.

PERDASAMA sentiasa aktif untuk menggembleng tenaga dan kepakaran di kalangan ahli-ahlinya untuk terlibat secara serius dalam semua usaha-usaha bagi memacu transformasi dan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara bagi  merapatkan jurang yang wujud diantara bumiputera dan golongan lain.

Penggerak kejayaan PERDASAMA adalah diatas dedikasi dan keikhlasan para pemimipin PERDASAMA yang terdiri daripada usahawan-usahawan melayu yang berjaya dalam industri masing-masing.    Dibantu oleh 2 sayap utama iaitu PERDASAMA MUDA dan PERDASAMA WANITA,  PERDASAMA kini terus yakin dan relevan dalam merealisasikan halatuju perjuangannya.


II.KERJASAMA
 

PERDASAMA  banyak  melaksanakan program –program pembangunan keusahawanan bumiputera dengan berkerjasama bersama pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, pihak korporat dan swasta,  pihak perbankan dan institutsi kewangan      bagi mempertingkatkan taraf profesionalisme usahawan bumiputera sejak tahun penubuhannya sehinggalah sekarang.  

 
 


 
III.PROGRAM

Berikut adalah antara program yang pernah dijalankan :-
   •Seminar Peluang Perniagaan dalam sektor hypermarket
   •Seminar Industri Sokongan dan Pertahanan (SISP)
   •Kongres Warisan Melayu
   •Program Pendedahan Peluang Perniagaan Dalam Sektor Hospitaliti Dan Pelancongan
   •Program Peningkatan Sistem Perakaunan yang sistematik dalam menjana pembangunan perniagaan usahawan           bumiputera
   •Program Penambahbaikan Operasi dan Peluang Perniagaan Dalam Industri Minyak Dan Gas
   •Program Peluang pembiayaan dana “Technofund” bersama MARDI
   •Program Pembangunan Laman Web peniaga-peniaga bumiputera.
   •Program Smart Enterpreneur anjuran PERDASAMA Wanita
   •Program Pemantapan dan rantaian networking  komuniti usahawan bumiputera dalam industri minyak dan gas     (MPOG)
   •Program-program taklimat pembiayaan dengan  sektor perbankan dan institusi kewangan
   •Bengkel Pemahaman integriti Korporat
   •Program Jelajah Francahise 1 Malaysia 
   •Program-program Lawatan Perdagangan keluar negara.
   •Business matching /padanan perniagaan


IV.TERBARU

PERDASAMA juga telah melaksanakan pelancaran 12 buah Pusat Khidmat Usahawan  dibawah program “ Community Relationship Management”  atau CRM dalam usaha membantu pihak pentadbiran cawangan menaiktaraf sistem pentadbiran dan komunikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu permasalahan golongan pedagang dan pengusaha bumiputera di negara ini.

 

Setakat ini PERDASAMA juga telah berjaya membina rangkaian usahawan sebanyak 46,529 syarikat bumiputera  bagi faedah jalinan dan jaringan perniagaan dalam komuniti perniagaan bumiputera.

 

PERDASAMA juga telah berjaya menwujudkan Konsortium Akauntan Bertauliah sebagai usaha memberikan perkhidmatan setempat bagi memperkasakan sistem kewangan ahli-ahli dalam konsep “One Stop Consultant’ .

 

 

 

 

 

 

 


 





 
 

 
 

 

 

Perdasama © 2009-2010. Designed by EBI Resources