LATARBELAKANG :
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia atau dengan nama ringkasnya, PERDASAMA telah ditubuhkan secara rasmi pada 9hb Disember 1998 sebagai wadah membantu peniaga dan pengusaha Melayu meneruskan kesinambungan mengisi kecemerlangan budaya niaga untuk menangkis cabaran disamping mencari peluang niaga kepada pedagang dan pengusaha Melayu di dalam dan di luar negara.
PERDASAMA berusaha memikul tanggungjawab membela nasib peniaga Melayu dalam dunia penuh daya saing dan kekuatan bergerak secara kumpulan sering kali menghasilkan kejayaan gemilang sebagaimana hadis nabi. Semua Pedagang dan Pengusaha Melayu seluruh Malaysia dijemput merealisasikan impian kecemerlangan budaya niaga bersama PERDASAMA.
VISI :
Menjadi organisasi terbaik dalam memberi khimat perniagaan kepada syarikat-syarikat yang menjadi ahli PERDASAMA di Malaysia.
MISI :
" BERUSAHA BERJAYA MELALUI RANGKAIAN PERDASAMA "
1. Menentukan bahawa syarikat-syarikat Melayu mematuhi undang-undang di bawah Akta Syarikat 1965 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Menentukan bahawa syarikat-syarikat Melayu ditadbirkan dengan cekap mengikuti penanda aras yang diamalkan dalam industri.
3. Membantu ahli-ahli PERDASAMA menjadi penyerta aktif dalam perdagangan dan perindustrian.
4. Membantu mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dalam semua sektor dan menyalurkan peluang-peluang ini kepada ahli-ahli PERDASAMA.
5. Merancang dan melaksanakan tanggungjawab sosial seperti membantu pendidikan anak-anak yatim, menyara hidup warga tua tanpa waris, ibu tunggal kehilangan suami, mangsa AIDS/HIV, penagih dadah dan orang-orang miskin melalui Yayasan PERDASAMA, Ini termasuk memberi biasiswa kepada anak-anak ahli PERDASAMA yang mencapai kecermelangan dalam peperiksaan untuk ke University.
OBJEKTIF :
1. Bagi mencapai visi dan misi PERDASAMA, objektif utama ialah menentukan semua pengarah syarikat-syarikat ahli PERDASAMA menjalani latihan wajib dengan suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menganjurkan latihan wajib dari masa ke semasa.
2. Bagi mencapai misi kedua, menggalakan semua syarikat ahli PERDASAMA menjalani latihan kemahiran keusahawan, kempimpinan dan pengurusan yang diaturkan atau dianjurkan oleh PERDASAMA.
3. Bagi mencapai misi ketiga, menganjurkan dan menganjurkan dan mengalakan syarikat-syarikat ahli PERDASAMA mengikuti seminar-seminar perniagaan, persidangan-persidangan perniagaan anjuran kerajaan atau swasta, menyertai rombongan lawatan anjuran PERDASAMA atau Kerajaan, baik didalam negeri ataupun diluar negeri ataupun mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi Kerajaan melalui PERDASAMA.
4. Bagi mencapai misi keempat, PERDASAMA akan bekerjasama dengan pihak Kementerian,jabatan dan agensi Kerajaan Perseketuan, Negeri atau Pengusaha Tempatan melalui perbincangan, lawatan,initiatif dan penganjuran kajian kemungkinan projek-projek infrastruktur, komersial, perumahan, penswastaan atau melalui pengagihan pegangan pelaburan atau syer dalam mana-mana projek penswastaan yang berpotensi.
5. Juga bagi mencapai misi keempat, PERDASAMA akan bekerjasama dengan organisasi perniagaan asing terutama sekali dengan organisasi perniagaan di negara-negara anggota ASEAN ,China ,Jepun, Korea Selatan, Taiwan, India, Sri lanka, Pakistan, Negara-Negara Teluk,Arab Saudi,Yemen, Jordan,Syria, Turki, Iran, Lubnan, Mesir, Sudan, Libya, Yunisia, Algeria, Morocco, Africa, Amerika Utara, Amerika Selatan, Australia, New Zealand, Asia Tengah, Eropah Barat, Eropah Utara, Eropah timur dan Rusia.
PRINSIP :
Mengatur-rancang program berbentuk Seminar, "Tea-Talk", "Luncheon Talk", lawatan perniagaan ke luar negara dan kursus perniagaan bagi membimbing serta memberi peluang kepada ahli PERDASAMA memperoleh manfaat dalam mengembangkan perniagaan supaya lebih berdaya maju dalam pelbagai sektor ekonomi.
Mengawal selia serta mengenal pasti masalah berkaitan sebarang urusan yang melibatkan kepentingan semua ahli PERDASAMA sambil bertindak mengatasi secara lebih konstruktif di pelbagai peringkat pengusaha dan pedagang Melayu.
Mengadakan usaha sama dan hubungan berterusan dengan semua kementerian, agensi yang berkaitan atas nama PERDASAMA dalam meneroka serta mencari peluang untuk pedagang dan pengusaha Melayu dalam dunia perniagaan menuju era globalisasi.
Menjamin keutuhan integriti budaya niaga bumiputera Melayu terus terpelihara melalui penubuhan Yayasan Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu supaya ahli PERDASAMA mendapat manfaat secara langsung di dalam Yayasan yang bakal ditubuhkan oleh PERDASAMA
KEGIATAN PERDASAMA :
Aktiviti utama PERDASAMA adalah antara lainnya seperti berikut:
1) Menjalankan mesyuarat tahunan kepada ahli-ahli untuk meneliti prestasi dan perkembangan mereka dalam konteks ekonomi domestik dan perkembangan dasar-dasarnya, ekonomi serantau Asean, Asia Timur dan dunia serta menempatkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas.
2) Menjadi wakil kepada Kementerian, Jabatan dan agensi-agensi dalam hal berkait dengan kepentingan perniagaan ahli-ahli dan PERDASAMA yang mewakili usahawan Melayu secara umumnya.
3) Menolong menghebahkan maklumat dan data berkaitan dasar-dasar, pelan-pelan pembangunan, belanjawan, prioriti dan cadangan spesifik Kerajaan kepada ahli-ahli PERDASAMA.
4) Mengadakan pertemuan dengan rombongan dagang asing yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan perniagaan mereka dan memahami dasar perdagangan dan pelaburan negara masing-masing.
5) Menganjurkan misi dagang ke seberang laut bertujuan mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan, pasaran, teknologi dan rakan niaga baru bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam gelombang arus globalisasi dan pembangunan industri IT yang rancak, terutamnaya e-dagang.
6) Menganjurkan seminar, wokshop dan program latihan dalam bidang-bidang khusus yang diminati oleh ahli-ahli dengan kerjasama kementerian, jabatan, agensi, institusi kewangan serta lain-lain badan yang menyumbang ke arah objektif Persatuan;
7) Memulakan hubungan dengan Persatuan pedagangan dan perindustrian luar negeri dan membentuk persefahaman dengan kaedah bertukar maklumat, lawatan dan salam perkenalan kepada ahli-ahli yang berminat melawat rakan dagang mereka di negara masing-masing.
8) Mempromosikan pertukaran lawatan dan perhubungan di kalangan ahli-ahli Persatuan dengan Persatuan pedagangan dan perindustrian rakan niaga mereka yang bertujuan meningkatkan perniagaan antara satu sama lain.
PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN :
Untuk muat turun perundangan perlembagaan PERDASAMA, klik disini.
Profil
Topik Forum Terkini
- Bantu promosi ICT
- Pembiayaan RM70b kepada k …
- Perabot bumiputera teroka …
- Perbelanjaan ICT tempatan …
- OFFICIAL WEBSITE FOR SKUA …
- Eksport sawit dijangka ce …
- Kabinet Malaysia 2008
- Kertas kelembapan ekonomi …
- PIKOM Cadang Kementerian …
- IT India pindah ke Malaysia
- Rakyat Malaysia Lihat Eba …
- PUNB tinjau kedai untuk u …
- Eksport perabot RM10b men …
- Program Pengurusan Hutang …
- Kempen memancing undi gun …










